Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cucu bekas Presiden AS Kennedy, Tatiana Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun
  • GLOBAL

Cucu bekas Presiden AS Kennedy, Tatiana Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
TATIANA Schlossberg, cucu bekas Presiden AS Kennedy, meninggal dunia pada usia 35 tahun. Foto AGENSI

NEW YORK: Tatiana Schlossberg, cucu kepada bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut Yayasan Perpustakaan JFK pada Selasa.

“Tatiana yang menjadi kesayangan kami, menghembuskan nafas terakhir pagi ini. Dia akan sentiasa berada di hati kami,” menurut yayasan itu dalam satu hantaran di media sosial, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam sebuah esei yang diterbitkan oleh The New Yorker pada November lalu, Schlossberg menulis mengenai perjuangannya melawan kanser darah. Tidak lama selepas melahirkan anak perempuannya, beliau disahkan menghidap leukemia.

Dalam esei itu juga, beliau mengkritik sepupunya, Setiausaha Kesihatan AS Robert F. Kennedy Jr, kerana mengurangkan dana penyelidikan vaksin secara drastik.

“Bobby dikenali sebagai seorang yang skeptikal terhadap vaksin,” kata Schlossberg, sambil menyatakan yang sepupunya itu ‘memegang jawatan itu sekalipun tidak pernah bekerja dalam bidang perubatan, kesihatan awam atau kerajaan.’

“Sewaktu saya menghabiskan semakin banyak masa hidup saya di bawah penjagaan doktor, jururawat dan penyelidik yang berusaha memperbaiki kehidupan orang lain, saya menyaksikan Bobby memotong hampir setengah bilion dolar dana penyelidikan vaksin mRNA, teknologi yang boleh digunakan untuk melawan beberapa jenis kanser,” menurut catatannya.

Ibu Schlossberg ialah Caroline Kennedy, anak kepada John F. Kennedy dan Jacqueline Kennedy Onassis. Caroline Kennedy mempunyai tiga anak bersama suaminya, Edwin Schlossberg, iaitu Tatiana, Rose dan John.

Schlossberg bekerja sebagai wartawan yang membuat liputan mengenai perubahan iklim dan alam sekitar. Selain The New York Times, tulisannya turut diterbitkan dalam The Washington Post, The Atlantic, Vanity Fair dan beberapa lagi media berprofil tinggi.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Teknologi dron laut dalam digunakan usaha pencarian MH370
Next: Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.