Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cubaan tumbangkan tugu ikonik di luar Rumah Putih
  • GLOBAL

Cubaan tumbangkan tugu ikonik di luar Rumah Putih

Utusan Sarawak 5 years ago

WASHINGTON, DC - JUNE 22: Protesters attempt to pull down the statue of Andrew Jackson in Lafayette Square near the White House on June 22, 2020 in Washington, DC. Protests continue around the country over police brutality, racial injustice and the deaths of African Americans while in police custody. Drew Angerer/Getty Images/AFP

PENUNJUK perasaan berkumpul di hadapan barisan anggota polis yang mengawal tugu bekas Presiden Amerika Syarikat, Andrew Jackson di Taman Lafayette, dekat Rumah Putih, Washington. • Foto AFP

WASHINGTON: Sekumpulan penunjuk perasaan cuba menjatuhkan tugu bekas presiden Amerika Syarikat (AS) berhampiran Rumah Putih Isnin lalu, ketika polis bertindak balas dengan menyembur lada untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang meletus di sini.

Beratus penunjuk perasaan dihalang oleh sekurang-kurangnya 100 anggota pasukan keselamatan selepas mereka melemparkan tali di sekitar tugu Andrew Jackson, Presiden AS ketujuh, di Taman Lafayette.

Gelombang tunjuk perasaan menuntut keadilan berkaitan anti perkauman berlaku di beberapa negeri di AS sejak 25 Mei lalu, berikutan insiden kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, 46, ketika ditahan anggota polis di Minneapolis, Minnesota.

“Polis menyerang kami. Mereka meletakkan undang-undang di tangan mereka,” kata seorang lelaki kulit hitam, Raymond Spaine, 52.

Awal bulan lalu, polis menyuraikan tunjuk perasaan yang berlangsung secara aman di taman yang sama sebelum Presiden, Donald Trump berjalan keluar dari Rumah Putih untuk sesi bergambar di hadapan gereja bersejarah yang musnah akibat terbakar.

Trump mengarahkan kepada pemimpin tempatan untuk berdepan penunjuk perasaan dengan kekejaman polis, mengatakan kepada pihak berkuasa untuk menguasai jalan-jalan dan tidak menyesal dengan menempatkan pasukan keselamatan.

Malah Trump juga mengancam akan menggunakan Undang-undang Pemberontakan yang jarang digunakan untuk mengerahkan angkatan bersenjata di AS. – AFP

Continue Reading

Previous: Korea Selatan lapor 46 kes baharu
Next: Peguambela mohon siasatan baharu dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.