Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan seleweng diesel 10,000 liter digagalkan di Kuching
  • JENAYAH

Cubaan seleweng diesel 10,000 liter digagalkan di Kuching

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas tangki disyaki digunakan untuk menyimpan diesel dalam operasi di Bintawa, Kuching. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Cubaan menyeleweng sebanyak 10,000 liter minyak diesel berjaya digagalkan dalam operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah premis di Bintawa, hari ini.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, operasi tersebut dilaksanakan hasil risikan selama beberapa hari yang dijalankan bersama pihak PDRM sebelum serbuan dilakukan.

Menurutnya, hasil operasi itu pihaknya berjaya merampas diesel bernilai kira-kira RM72,700.

Beliau berkata, seorang suspek turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.

ANGGOTA penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menjalankan pemeriksaan ke atas tangki disyaki digunakan untuk menyimpan diesel dalam operasi di Bintawa, Kuching.

“Hari ini kita bersama pihak PDRM telah berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeleweng barang kawalan iaitu diesel sebanyak 10,000 liter hasil risikan yang dijalankan beberapa hari sebelum ini.

“Kita juga ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan khususnya diesel dan petrol,” katanya ketika ditemui media.

Menurutnya, kes tersebut disiasat kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan mencurigakan dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM1 juta atau penjara jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata sejak 1 Januari 2024 hingga 1 April 2026, sebanyak 308 kes melibatkan penyelewengan diesel direkodkan di Sarawak dengan jumlah rampasan mencecah RM16.1 juta.

Bagi tahun ini sahaja, katanya sebanyak 42 kes direkodkan dengan jumlah rampasan melibatkan diesel dan petrol sebanyak 225,471.77 liter.

PENGARAH KPDN Sarawak, Matthew Dominic ketika ditemui pemberita di sebuah premis di Bintawa, hari ini.

Daripada jumlah itu, nilai rampasan bagi diesel dianggarkan mencecah RM490,068.56 manakala petrol pula sebanyak RM11,071, menjadikan keseluruhan nilai rampasan bahan api bagi tahun ini berjumlah RM501,139.56.

Selain itu, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan seperti kereta dan lori serta barangan lain turut mencecah RM3.42 juta, menunjukkan keseriusan aktiviti penyelewengan yang berjaya dibanteras pihak penguat kuasa.

Tambah beliau, pihaknya turut menetapkan kawalan baharu bermula 1 April lalu termasuk had pengisian diesel bagi mengelakkan penyelewengan.

Beliau turut menegaskan orang ramai tidak perlu melakukan pembelian panik kerana bekalan diesel di Sarawak adalah mencukupi dan terkawal dengan lebih 280 stesen minyak beroperasi di seluruh negeri.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melalui talian 019-848 8000 atau aplikasi Ez Adu KPDN.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Maritim Malaysia tahan dua VNT langgar syarat lesen di perairan Bintulu
Next: 26 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.