Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan curi kabel gagal, dua suspek dicekup
  • JENAYAH

Cubaan curi kabel gagal, dua suspek dicekup

Utusan Sarawak 14 hours ago
DUA suspek ditangkap ketika sedang melakukan kegiatan mencurigakan. Turut dirampas, alat dan kabel yang dicuri dalam kenderaan suspek.

KUCHING: Dua lelaki ditahan polis awal pagi tadi berhubung kes kecurian kabel, dalam satu operasi rondaan cegah jenayah berhampiran Lebuhraya Samarahan – Kuching.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintenden Damateius Lautin, berkata salah seorang suspek yang berusia 28 tahun dari Gita Laut, dikenal pasti sebagai individu dalam senarai orang dikehendaki dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Seorang lagi suspek, berusia 35 tahun dari Bintulu, tidak mempunyai rekod jenayah.

“Tangkapan dilakukan kira-kira 4.30 pagi oleh pasukan Kenderaan Peronda Bergerak (MPV) dengan tanda panggilan SAM287 yang sedang menjalankan rondaan apabila terlihat sebuah Perodua Kancil berwarna hitam diparkir secara mencurigakan di hadapan sebuah kedai perabot,” katanya.

Menurut Damateius, ketika dihampiri, suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan, namun berjaya dihalang oleh anggota polis.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel seperti dua pemotong, sepasang playar, kapak, dan beberapa gulungan kabel hitam.

“Kesemua barangan tersebut ditemui di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang,” ujarnya.

Turut dirampas ialah kenderaan jenis Perodua Kancil bernombor pendaftaran QAB4054 dan kunci kereta.

Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tersebut tidak dilaporkan dicuri.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan, katanya lagi, telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Samarahan untuk siasatan lanjut.

Damateius turut menegaskan bahawa pihak polis akan terus melaksanakan rondaan secara proaktif bagi membanteras aktiviti jenayah serta menggesa orang awam untuk menyalurkan maklumat sekiranya terlihat sebarang perlakuan yang mencurigakan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan, polis buru tiga lagi suspek rompakan kejam di Kota Samarahan
Next: PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.