Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cuaca tidak menentu, APM Bau tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko banjir
  • TEMPATAN

Cuaca tidak menentu, APM Bau tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko banjir

Utusan Sarawak 4 hours ago
APM Bau menjalankan pemantauan di Kampung Keranji dan Kampung Skiat Baru hari ini, susulan hujan berterusan, dengan beberapa rumah dilaporkan terjejas namun keadaan keseluruhan masih terkawal. Foto APM Bau

BAU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bau terus mempertingkat pemantauan di kawasan rendah yang dikenal pasti berisiko banjir susulan keadaan cuaca tidak menentu, hari ini.

Tinjauan di Kampung Keranji mendapati aras sungai menunjukkan trend menurun manakala jalan raya masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Menurut laporan Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi Sarawak, sebanyak empat rumah terjejas melibatkan bahagian tingkat bawah sahaja dan keadaan masih dalam pemantauan rapi pihak APM.

Sementara itu, laluan jalan di Kampung Skiat Baru dilaporkan masih boleh digunakan oleh semua kenderaan.

APM Bau menjalankan pemantauan di Kampung Keranji dan Kampung Skiat Baru hari ini, susulan hujan berterusan, dengan beberapa rumah dilaporkan terjejas namun keadaan keseluruhan masih terkawal. Foto APM Bau

Satu rumah dan kedai dikenal pasti terjejas, namun situasi keseluruhan kekal terkawal tanpa sebarang insiden kecemasan dilaporkan setakat ini.

APM Bau menegaskan komitmen untuk terus bersiap siaga serta menjalankan rondaan berkala bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan, situasi di Kampung Rantau Panjang masih selamat
Next: Operasi SAR hari kedua Sungai Tengah ditangguh, mangsa masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.