Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas: Sibu, Marudi, Telang Usan, Limbang tahap berjaga-jaga
  • SEMASA

Cuaca panas: Sibu, Marudi, Telang Usan, Limbang tahap berjaga-jaga

Utusan Sarawak 2 days ago
STATUS cuaca panas di Sarawak. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Lapan kawasan masing-masing empat di Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu panas tahap berjaga-jaga setakat 4.00 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kemas kini status cuaca panas di Facebook memaklumkan empat kawasan di Sabah melibatkan Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan.

Empat kawasan di Sarawak pula melibatkan Sibu, Marudi, Telang Usan dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, suhu panas tahap berjaga-jaga ialah apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Deruman enjin warnai hari pertama CCBW 2025
Next: ‘Harmoni dalam Kepelbagaian’ jadi teras tadbir urus Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.