
KUCHING: Kawasan Marudi di Sarawak kini berada pada Tahap 1, berjaga-jaga susulan cuaca panas berterusan, menurut laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada 4.00 petang hari ini.
Tahap berjaga-jaga ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, tiga kawasan lain di Semenanjung Malaysia turut berada pada Tahap 1, iaitu Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan seperti strok haba.
Maklumat lanjut dan status terkini boleh diakses menerusi laman rasmi METMalaysia di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.