
KUCHING: Sarawak mencatatkan satu kawasan berada pada Tahap 1 berjaga-jaga cuaca panas, iaitu Limbang menurut laporan terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Selain Limbang, kawasan lain yang turut mencatat Tahap 1 ialah Machang di Kelantan serta Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan di Sabah.
Orang ramai, khususnya penduduk Limbang, dinasihatkan supaya berjaga-jaga, mengehadkan aktiviti luar dan mendapatkan maklumat terkini melalui www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.