Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas dan kering: Bomba Sibu tegaskan larangan pembakaran terbuka
  • SEMASA

Cuaca panas dan kering: Bomba Sibu tegaskan larangan pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN DRON….Menunjukkan kebakaran belukar berhampiran Pusat Memandu Ngu Chu Beng, semalam. Kredit JBPM Zon Sibu

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka susulan cuaca panas dan kering yang melanda bahagian ini.

Ketua JBPM Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, keadaan musim kemarau meningkatkan risiko kebakaran belukar, kebun dan hutan yang mudah merebak serta sukar dikawal.

“Hentikan pembakaran terbuka termasuk sampah, kebun dan hutan. Langkah ini penting kerana ia boleh menjejaskan kesihatan, mencemari udara dan menyumbang kepada perubahan iklim,” tegasnya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

POSTER….Hentikan aktiviti pembakaran terbuka.

Beliau menegaskan nasihat bomba ini bertujuan memastikan keselamatan masyarakat sepanjang musim kemarau. 

“Laporkan segera sebarang kejadian kebakaran melalui talian kecemasan 999,” katanya.

Terdahulu semalam, telah dilaporkan berlaku kebakaran belukar berhampiran Pusat Memandu Ngu Chu Beng.

Andy berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 12.39 tengah hari, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi didapati kebakaran belukar di kawasan behampiran Pusat Memandu Ngu Chu Beng dengan jarak l/k 1kilometer (KM) dengan lokasi yang terbakar. Kebakaran dianggarkan bekeluasan 158 ekar,” ujarnya.

Katanya, pasukan bomba hanya membuat pemantauan menggunakan dron di sekitar kawasan kebakaran kerana tiada akses terus ke lokasi berkenaan akibat adanya sebatang sungai.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan terbakar jauh dari penempatan dan perumahan, serta sungai itu bertindak sebagai ‘fire break’ bagi mengelakkan merebaknya api.

“Tiada tindakan operasi dilakukan oleh pihak bomba kerana keadaan didapati selamat selepas pemantauan,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jangan ambil ringan tanda awal strok haba – Pakar 
Next: Konflik Asia Barat: Mahasiswa disaran urus kewangan lebih berhemah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.