Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji
  • GLOBAL

Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji

Utusan Sarawak 2 days ago

Angin ini berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini, 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Suhu maksimum dijangka antara 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum dijangka sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius. 

Kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat itu Dr Ayman Ghulam berkata angin semasa musim haji dijangka bertiup dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j.

Angin ini berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.

Selain itu, terdapat kemungkinan pembentukan ribut petir di kawasan tanah tinggi Taif, yang boleh menjejaskan kawasan tanah suci antara 8 hingga 13 Zulhijah. 

Ribut ini mungkin disertai dengan angin kencang yang boleh menyebabkan penyebaran debu dan pasir secara meluas. – BERNAMA-SPA

Continue Reading

Previous: China lancarkan prob Tianwen-2 untuk sisi sampel asteroid
Next: Kisah aneh lelaki Libya sebelum dibenar naik pesawat tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.