
KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan lima kawasan di Sarawak kini berada dalam Status Cuaca Panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) berikutan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Kawasan yang terlibat ialah Sibu, Lubok Antu, Marudi, Telang Usan dan Limbang.
Sementara itu, empat kawasan di Sabah turut mencatat status yang sama iaitu Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai di kawasan terjejas agar mengehadkan aktiviti luar, menggunakan pelitup muka ketika cuaca berjerebu dan memastikan pengambilan air mencukupi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.