Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuaca buruk jejas 224,500 keluarga di Filipina, tiga kematian disahkan – NDRRMC
  • GLOBAL

Cuaca buruk jejas 224,500 keluarga di Filipina, tiga kematian disahkan – NDRRMC

Utusan Sarawak 3 days ago
SEORANG penduduk memasang tali di bumbung rumah mereka di Legaspi City, wilayah Albay, selatan Manila, pada 25 September 2025, sebagai persiapan menghadapi Taufan Tropika Bualoi yang dijangka melanda rantau Bicol. Filipina menutup sekolah dan membatalkan penerbangan pada 25 September apabila satu lagi ribut baharu dijangka melanda, hanya beberapa hari selepas taufan super mengorbankan sembilan nyawa di negara kepulauan itu. Foto AFP

MANILA: Jumlah keluarga yang terjejas akibat siri gangguan cuaca buruk di Filipina meningkat kepada 224,549 setakat Khamis, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporan situasi terbaharu, NDRRMC menyatakan yang 224,549 keluarga, bersamaan dengan 915,827 individu, berasal dari Wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR), Luzon Tengah, Wilayah Ibu Negara (NCR), Calabarzon, Mimaropa, Wilayah Bicol, Visayas Barat, Semenanjung Zamboanga dan Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).

Sehingga petang Khamis, seramai 7,438 keluarga berlindung sementara di 373 pusat pemindahan, manakala 8,019 lagi menumpang di tempat lain.

Dalam laporan yang sama, NDRRMC memaklumkan, seramai 13 orang dilaporkan maut, namun hanya tiga kematian kesemuanya di CAR disahkan berkaitan cuaca.

Daripada kematian yang masih dalam proses pengesahan, lapan dilaporkan di Lembah Cagayan dan dua di Luzon Tengah.

NDRRMC juga melaporkan seramai 17 orang cedera, dengan 10 daripadanya disahkan, sementara satu daripada dua orang yang dilaporkan hilang turut disahkan.

Jumlah rumah yang rosak akibat cuaca buruk, sama ada rosak sepenuhnya atau sebahagian, adalah sebanyak 2,877 buah di lapan wilayah.

Cuaca buruk yang melanda banyak bahagian Filipina baru-baru ini disebabkan oleh monsun barat daya (“habagat”) yang diburukkan oleh Taufan Super Nando (nama antarabangsa Ragasa) dan Tekanan Tropika Mirasol.

–BERNAMA-PNA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hospital di Bali nafi curi organ selepas mayat dihantar pulang tanpa jantung
Next: Lebih 70 rumah rosak akibat gempa 5.7 skala Richter landa Jawa Timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.