Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CPPC Lawas dilaksana ikut jadual
  • TEMPATAN

CPPC Lawas dilaksana ikut jadual

Utusan Sarawak 5 years ago
TAMBAH BAIK… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengatakan sesuatu kepada Jakaria untuk memastikan projek siap dan semua spesifikasi untuk kerja tambah baik dimaklum kepadanya.

LAWAS: Pusat Pemprosesan dan Pengumpulan Produk Pertanian (CPPC) Lawas yang dalam pembinaan telah berjaya dilaksana mengikut jadual.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan yang melawat ke tapak projek CPPC Lawas telah mengarahkan beberapa penambahbaikan dilakukan pada CPPC Lawas ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak juga mahu agar pihak pelaksana dan jabatan bertanggungjawab dapat membina laluan masuk dan keluar yang lebih sesuai untuk kenderaan panjang.

Pusat ini juga akan mengumpul produk pertanian tempatan seperti buah durian, nangka, pisang, kelapa dan produk mentah lain seperti produk tahai, ikan bilis dan ikan segar.

Ini diharap dapat membantu petani dan nelayan memasarkan produk mereka.

Selain itu, CPPC Lawas juga akan menyediakan ruang untuk pembungkusan dan mengred produk yang dibawa ke pusat berkenaan.

Awang Tengah juga menjelaskan semua produk perlu di gred dengan mengikut standard yang sesuai dengan pematuhan pihak syarikat di luar negara.

Turut hadir, Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengawai Pertanian(Pembangunan) Bahagian Limbang Jakaria Rambli, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, Pegawai Pertanian Daerah, Doroup Mail dan pihak pelaksana.

CPPC Lawas dijangka siap pada April 2020, tapi telah dihentikan pelaksanaan semasa arahan PKP.

Jadual baharu projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Pencapaian semasa projek ini sehingga semalam ialah 83 peratus dengan semua kerja utama bangunan telah siap.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SADA giatkan usaha pembangunan Sri Aman
Next: Abang Jo terima kunjungan hormat Alexander Linggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.