WASHINGTON: Pandemik Covid-19 kini sudah meragut lebih 633,000 nyawa sejak mula menular di China hujung tahun lalu.
Selain itu, lebih daripada 15.5 juta orang dijangkiti wabak maut itu sehingga semalam, menurut sumber rasmi kepada AFP.
Amerika Syarikat (AS) merekodkan 144,305 kematian diikuti Brazil (84,082), Britain (45,554), Mexico (41,908) dan Itali (35,092).
Selain itu, India melepasi 30,000 kematian mengatasi Perancis sebagai negara keenam paling terjejas.
Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mengumumkan ujian serta merta kepada pelancong dari 16 negara berisiko tinggi termasuk AS.
Perancis masih belum membenarkan pelancong masuk dan ujian itu dibuat untuk rakyatnya saja setakat ini.
Sementara itu, Jerman membuat keputusan untuk melaksanakan ujian bukan mandatori kepada rakyatnya yang pulang dari luar negara dengan peningkatan jangkitan ketika musim panas.
Presiden AS, Donald Trump pula membatalkan konvensyen yang dianjurkan Parti Republikan di Florida bulan depan yang menjangkakan mencalonkannya untuk menentang Demokrat Joe Biden pada pilihan raya 3 November depan.
“Masa untuk konvensyen berkenaan tidak bersesuaian,” katanya dengan peningkatan kes mencecah empat juta yang terjejas termasuk di barat dan selatan negara itu termasuk Florida.
Britain pula mula mewajibkan rakyatnya memakai pelitup muka apabila berada di kompleks membeli belah, bank dan kedai makan.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menggesa negara Eropah untuk ketatkan kawalan susulan peningkatan yang masih berlaku sehingga kini yang sudah mencecah tiga juta orang.-AFP