TOKYO: Wilayah ketiga terpadat di Jepun meminta pemerintah pusat untuk melakukan darurat akibat Covid-19 ekoran jangkitan meningkat ketika hanya tiga bulan sebelum negara itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, semalam.
Wilayah Osaka menarik semula keadaan darurat dua bulan lalu dan sekatan ketat, mungkin melibatkan penutupan kedai dan pusat membeli-belah.
Bagaimanapun, keadaan itu masih belum dapat dicapai berikutan jangkitan teruk turut berlaku di kebanyakkan bahagian lain di dunia.
Tokyo dan beberapa kawasan lain diharapkan dapat mengikuti dengan harapan dapat menghindari krisis yang kini dihadapi sistem penjagaan kesihatan Osaka yang mana katil pesakit Covid-19 dalam keadaan parah;
Gabenor Hirofumi Yoshimura mengatakan beliau memberitahu menteri yang mengawasi respons Covid-19, Yasutoshi Nishimura bahawa keadaan darurat diperlukan kerana langkah-langkah yang diambil sejauh ini tidak mencukupi.
“Saya percaya sekarang adalah masa untuk mengambil langkah ketat untuk jangka waktu yang singkat,” kata Yoshimura kepada wartawan.
“Aliran orang dan penularan pantas daripada varian menyebabkan lonjakan kes baharu,”jelasnya sambil memberi amaran, meminta penutupan pusat hiburan dan pusat beli-belah.
Yoshimura juga menggesa penduduk setempat untuk beroperasi secara telekomunikasi bagi mengekang pergerakan individu.
Osaka sudah berada di bawah sekatan virus yang kebanyakannya meminta restoran dan bar ditutup pada 8.00 malam dan menggesa penduduk untuk mengelakkan acara yang tidak perlu.
Langkah tersebut mendorong wilayah itu untuk melarang Larian Obor Olimpik di jalan raya utama sebaliknya pembawa obor berlari di atas trek tertutup taman tanpa penonton.
Nishimura sebelumnya mengakui situasi yang sangat sukar di Osaka mengatakan bahawa pemerintah sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa mengenai langkah sewajarnya.
Menurut media tempatan, Tokyo juga merancang untuk meminta kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat pada minggu ini.
Sekurang-kurangnya dua wilayah yang berdekatan dengan Osaka dilaporkan merancang untuk meminta tindakan tersebut.
Peningkatan kes berlaku hanya dalam waktu lebih dari tiga bulan hingga Olimpik Tokyo yang mana penganjur berkeras supaya penganjuran sukan berprestij itu dapat diadakan dengan selamat.
Jepun mengisytiharkan keadaan darurat akibat Covid-19 pada awal Januari lalu untuk beberapa kawasan dan menarik semula langkah itu pada 1 Mac di Osaka dan tiga minggu kemudian di Tokyo.
Tetapi jangkitan telah meningkat didorong oleh varian yang lebih menular dan proses vaksinasi juga bergerak perlahan.
Setakat ini, hanya vaksin Pfizer yang telah disetujui dan hanya diberikan kepada pekerja perubatan dan orang tua.
Pada masa sama, hanya 25 peratus daripada 4.8 juta pekerja kesihatan dan lebih daripada 13,000 warga emas setakat ini telah menerima suntikan dos vaksin pertama.
Pemerintah Jepun mengatakan bahawa mereka akan memiliki bekalan yang cukup pada September ini untuk memberi vaksin kepada semua penduduk berusia lebih dari 16 tahun yang berjumlah 125 juta, tetapi garis masa untuk menyelesaikan vaksinasi belum jelas. -AFP