KUCHING: Hospital Sentosa di Kota Sentosa di sini ditutup kerana semua petugas dikuarantin selepas sebahagian besar dijangkiti Covid-19.
Semalam, terdapat hanya satu kes baharu yang dilaporkan melibatkan pengesanan kontak dari kluster yang masih aktif.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21 kes.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kes merupakan lelaki warganegara tempatan yang bekerja sebagai petugas kesihatan di fasiliti tersebut.
“Kes disaring secara aktif yang melibatkan Kluster Sentosa dan merupakan kes Ke-21 melibatkan kluster ini. Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala,” kata kenyataan itu.
Kes diambil swab Combined Nasopharyngeal dan Oropharyngeal pada 24 Julai di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Kuching dan keputusan ujian rT-PCR kes adalah positif untuk Covid-19 pada 25 Julai.
Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.
Semua kakitangan hospital itu tidak dibenarkan balik ke rumah dalam tempoh 14 hari.