AMERIKA SYARIKAT: Angka kematian global pandemik Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kumulatif kematian global akibat virus itu kini hampir mencecah 703,000 kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 157,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 95,000 kematian manakala Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 48,000 dan 46,000 kes korban.
Sementara itu, di India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 39,000, 35,000 dan 30,000 korban Covid-19.
Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatatkan 28,000 dan 20,000 kes.
Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.-AFP