Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Covid-19: 2,300 poster dipasang
  • TEMPATAN

Covid-19: 2,300 poster dipasang

Utusan Sarawak 5 years ago
CEGAH WABAK COVID-19… Datuk Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii (kiri) menunjukkan poster Kempen Kesedaran Amalan Norma Baharu, Covid-19 yang dipasang di Tamu Kedayan di Miri, semalam.

MIRI: Lebih 2,300 poster Kempen Kesedaran Amalan Norma Baharu, Covid-19 dipasang di beberapa tempat strategik di sekitar bandar raya ini, dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mencegah penularan Covid-19. 

Datuk Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii berkata, poster-poster itu sebahagian daripada kempen kesedaran amalan norma baharu secara maya anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

“Objektif kempen itu adalah untuk menanam dan meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan seharian mereka sebagai langkah pencegahan penyebaran Covid-19.

“Kami juga ingin menyeru masyarakat untuk memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengekang wabak Covid-19 dengan mengamalkan norma baharu terutama pemakaian pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial serta menjaga kesihatan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen tersebut yang diadakan secara maya di Tamu Kedayan di sini, semalam.

Yii berkata, MBM akan terus melakukan program-program kesedaran dan penguatkuasaan bagi memastikan masyarakat dalam pelbagai sektor dan peringkat mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) sejak pembukaan semula kegiatan sosial dan ekonomi.

Menurut beliau, selaras dengan SOP yang telah ditetapkan, MBM juga merancang untuk menjalankan pelbagai program pembangunan komuniti secara maya antaranya ialah Webinar, Zoom, Facebook, Instagram, Telegram, Whatsapp, Twitter, dan Youtube. 

Katanya, program komuniti maya yang dicadangkan akan merangkumi topik kesihatan, persekitaran hijau, dan peraturan diri.

“Oleh kerana kami hanya dapat menjalankan program kemasyarakatan dengan jumlah peserta yang terhadap mengikut SOP, kami berharap lebih ramai komuniti tempatan dapat terlibat dalam program komuniti maya ini dalam masa terdekat,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran Rh. Lanting Depong terima bantuan
Next: Pemuda PBB digesa kuasai media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.