Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Coutinho ‘tidak ternilai’
  • SUKAN

Coutinho ‘tidak ternilai’

Utusan Sarawak 3 years ago

(FILES) In this file photo taken on October 2, 2021 Barcelona's Brazilian midfielder Philippe Coutinho (C) shakes hands with teammates prior to the Spanish League football match between Club Atletico de Madrid and FC Barcelona at the Wanda Metropolitano stadium in Madrid. - Philippe Coutinho will join Aston Villa on loan for the rest of the season from Barcelona, the Premier League club announced on January 7, 2022. (Photo by OSCAR DEL POZO / AFP)

PEMAIN tengah Barcelona, Philippe Coutinho (tengah) berjabat tangan dengan rakan sepasukan sebelum perlawanan La Liga Sepanyol antara Atletico Madrid dan Barcelona di stadium Wanda Metropolitano di Madrid. Philippe Coutinho akan menyertai Aston Villa secara pinjaman untuk baki musim dari Barcelona, umum kelab Liga Perdana itu pada 8 Januari 2022. • Foto AFP

PENGURUS Aston Villa, Steven Gerrard melabel Philippe Coutinho sebagai ‘tidak ternilai’ selepas bintang dari Brazil itu menyelesaikan pemeriksaan perubatan menjelang perpindahan pinjaman dari Barcelona.

Villa mengesahkan bahawa Coutinho lulus ujian perubatannya dan dia berada di Perancis sementara dia memperoleh permit kerja.

Pemain berusia 29 tahun itu dijangka menyertai rakan sepasukan baharunya di tempat latihan Bodymoor Heath Villa pada hari Khamis.

Gerrard bermain dengan Coutinho di Liverpool dan percaya perancang itu akan memberi impak besar apabila dia kembali ke Liga Perdana.

“Kehadirannya amat berharga, memandangkan kecederaan dan kejohanan AFCON telah mengurangkan pilihan serangan kami,” kata Gerrard kepada laman web Villa semalam.

“Dia adalah pemain yang saya suka bermain bersama sebelum ini dan saya tahu seluruh skuad di Aston Villa akan mendapat manfaat daripada kualiti dan pengalamannya.”

Villa telah menandatangani Coutinho secara pinjaman untuk baki musim ini dan mempunyai pilihan untuk membelinya pada musim panas.

Barcelona mengesahkan Villa akan membayar sebahagian daripada gaji Coutinho apabila dia kembali ke Liga Perdana empat tahun selepas meninggalkan Liverpool.

Coutinho menyertai Barcelona pada 2018 dalam perjanjian bernilai 146 juta pound, tetapi dia bergelut di Nou Camp dan menghabiskan 2019-20 secara pinjaman di Bayern Munich.

Dia menjadi pemain pertama ditandatangani oleh Gerrard di Villa sejak berpindah dari Rangers pada November untuk menggantikan Dean Smith. – AFP

Continue Reading

Previous: Francis Kone sertai S’wak United?
Next: Pertembungan Sarawak United FC, Kuching City FC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.