Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Courtoi berdepan kecederaan baharu
  • SUKAN

Courtoi berdepan kecederaan baharu

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR fail menunjukkan penjaga gol Belgium Real Madrid, Thibaut Courtois (kiri) menghadiri sesi latihan di padang latihan Ciudad Real Madrid di Valdebebas, pinggir Madrid, 25 Februari lepas. Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois mengalami kecederaan baharu, semalam, mencederakan lutut kanannya semasa latihan. FotoAFP

PENJAGA gol Real Madrid, Thibaut Courtois mengalami kecederaan baharu semalam, mencederakan lutut kanannya semasa latihan.

Pemain antarabangsa Belgium itu, yang diketepikan sejak Ogos selepas patah ligamen di lutut kirinya, disebut-sebut akan kembali beraksi pada minggu-minggu terakhir musim ini.

“Berikutan ujian yang dijalankan hari ini, pemain kami Thibaut Courtois telah disahkan mengalami pecah meniskus dalaman di lutut kanannya,” kata Madrid dalam satu kenyataan.

Courtois kini tidak mungkin bermain untuk Madrid dalam baki kempen semasa, sementara dia telah menolak untuk beraksi untuk Belgium pada Kejohanan Eropah pada musim panas.

Andriy Lunin dari Ukraine telah memenangi kepercayaan jurulatih Carlo Ancelotti sebagai penjaga gol Madrid dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mendahului Kepa Arrizabalaga, secara pinjaman daripada Chelsea.

Pendahulu La Liga Sepanyol, Madrid akan berdepan pemenang Liga Juara-Juara UEFA, Manchester City pada suku akhir pertandingan musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Chelsea belasah Ajax, Lyon tewaskan Benfica
Next: Atlet Rusia, Belarus bukan sebahagian upacara pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.