Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • COREEFS: Usaha Sarawak tingkat pemeliharaan ekosistem laut secara mampan
  • SEMASA

COREEFS: Usaha Sarawak tingkat pemeliharaan ekosistem laut secara mampan

Utusan Sarawak 19 hours ago
SIMBOLIK PELEPASAN… Dato Majang Renggi menyempurnakan simbolik pelepasan COREEFS ke lokasi terumbu karang terpilih bagi melaksanakan kerja pembersihan dan konservasi marin.

BINTULU: Projek Terumbu Karang dan Bola Terumbu Untuk Penambahbaikan dan Pemeliharaan Ekosistem (COREEFS) mencerminkan komitmen Sarawak dalam memperkukuh pemuliharaan marin berasaskan sains dan teknologi sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan negeri.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada strategi hijau yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Projek COREEFS merupakan program strategik berimpak tinggi yang sejajar dengan matlamat PCDS 2030. 

“Ia memberi penekanan kepada ekonomi hijau, tadbir urus alam sekitar serta pembangunan yang mampan dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Pelepasan Aktiviti Pembersihan Terumbu Karang di bawah Projek COREEFS 2023-2030 yang berlangsung di Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 5 di sini, hari ini. 

Program tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB).

Menurut Dato Majang, pendekatan saintifik yang diketengahkan dalam projek itu termasuk penggunaan teknologi pemetaan dasar laut, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan pemasangan struktur bola terumbu karang sebagai usaha menggantikan kaedah pemuliharaan konvensional.

“Ini membuktikan bahawa Sarawak tidak ketinggalan dalam mengetengahkan pendekatan saintifik dan inovatif dalam pengurusan sumber marin, sekali gus menggantikan kaedah konvensional yang digunapakai sebelum ini,” jelasnya.

Beliau menambah, usaha seumpama itu turut menyokong agenda negeri ke arah pengurusan sumber semula jadi secara lestari serta memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju dalam ekonomi hijau di rantau ini.

Majlis turut disertai petugas lapangan dan sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti pembersihan dasar laut di sekitar kawasan perairan Bintulu sebagai sebahagian daripada fasa pelaksanaan COREEFS.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perhebat pemuliharaan marin, libat kerjasama masyarakat
Next: SFC komited pelihara kawasan terlindung, ekosistem Marin di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.