Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • CONMEBOL siasat insiden gaduh Uruguay-Colombia
  • SUKAN

CONMEBOL siasat insiden gaduh Uruguay-Colombia

Utusan Sarawak 10 months ago
PEMINAT Colombia bergaduh dengan pemain dan kakitangan Uruguay pada separuh akhir Copa America di Stadium Bank of America di Charlotte, North Carolina, pagi semalam.

MIAMI, Amerika Syarikat: Penganjur Copa America yang juga badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) membuka siasatan disiplin susulan ‘tindakan keganasan’ selepas aksi separuh akhir antara Uruguay dan Colombia di Charlotte.

Penyerang Uruguay dan Liverpool, Darwin Nunez antara pemain yang meluru ke tempat duduk penonton di Stadium Bank of America selain melepaskan beberapa tumbukan terhadap penyokong yang disifatkan CONMEBOL sebagai ‘situasi yang tidak boleh diterima.’

Pertahanan Uruguay, Jose Maria Gimenez berkata pemain terpaksa berbuat demikian kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarga mereka yang hadir menyaksikan pertembungan itu.

“Susulan tindakan keganasan yang berlaku di hujung perlawanan antara Uruguay dan Colombia, unit disiplin CONMEBOL membuat keputusan untuk memulakan siasatan bagi menjelaskan insiden itu dan tanggungjawab oleh pihak yang terbabit,” menurut CONMEBOL dalam satu kenyataan.

CONMEBOL menegaskan mereka tidak mahu kejadian sama berulang apabila penyokong kedua-dua pasukan bergaduh pada aksi final antara Argentina menentang Colombia di Stadium Hard Rock, Miami.

“Menjelang aksi final Copa America, kami ingin menegaskan dan memberi amaran kami tidak akan bertolak-ansur dengan apa sahaja tindakan yang mencemarkan Copa America, membabitkan pasukan atau penyokong yang hadir untuk aksi final yang akan disaksikan ratusan juta penonton di seluruh dunia.

“Ini situasi yang tidak dapat diterima apabila insiden ini mengubah semangat bola sepak kepada keganasan. Justeru, tiada tolak ansur ke atas sebarang tindakan yang mencemari semangat bola sepak yang menjadi milik setiap orang.”

Gimenez berkata pemain terpaksa terbabit dengan insiden itu untuk melindungi ahli keluarga mereka memandangkan polis tidak kelihatan di stadium itu.

“Ahli keluarga kami dalam bahaya. Kami terpaksa pergi ke tempat duduk penonton untuk menyelamatkan mereka, dengan ada juga bayi yang baru lahir,” kata pemain Atletico Madrid itu.

“Tidak ada seorang pun anggota polis… saya harap penganjur dapat lebih berhati-hati dengan keluarga kami.”

Pergaduhan juga tercetus di tengah padang selepas wisel penamat ditiup membabitkan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan. – AFP

Continue Reading

Previous: Ronald Koeman sukar terima kekalahan di tangan England
Next: Tanpa pemain bintang, Sepanyol harungi pentas Euro dengan cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.