Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Congo umum ‘kemunculan’ semula Ebola
  • GLOBAL

Congo umum ‘kemunculan’ semula Ebola

Utusan Sarawak 4 years ago
PETUGAS kesihatan melakukan pembasmian kuman terhadap keranda seorang pesakit dipercayai meninggal dunia akibat gejala Ebola di Congo. • Foto AFP

KINSHASA: Republik Demokratik Congo mengumumkan penularan semula jangkitan penyakit Ebola di timur negara itu, hanya tiga bulan selepas penularan awal wabak itu berjaya ditangani.

Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.

“Kami mempunyai satu lagi episod virus Ebola.

“Mangsa seorang petani, isteri kepada seorang mangsa Ebola, yang menunjukkan tanda-tanda khusus penyakit pada 1 Februari,” kata Menteri Kesihatan Eteni Longondo kepada stesen televisyen RTNC.

Mangsa meninggal dunia pada 3 Februari, selepas sampel darahnya dikesan positif Ebola, kata menteri kesihatan itu lagi.

“Saya juga ingin memberitahu saudara-saudari di Butembo agar tidak panik kerana pasukan respons wilayah akan ke sana, disokong pasukan kebangsaan yang akan menyusul dalam beberapa hari mendatang,” kata Longondo.

Republik Demokratik Congo mengisytiharkan pada 18 November berakhirnya wabak Ebola kesebelas yang meragut 55 nyawa daripada 130 kes selama hampir enam bulan di wilayah barat laut Equateur.

Mangsa terakhir yang disahkan pulih di Equateur adalah pada 16 Oktober 2020.-AFP

Continue Reading

Previous: Meriam air suraikan penunjuk perasaan
Next: ‘ANGPAU’ TIDAK BALIK KAMPUNG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.