Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Colombia naikkan tahap amaran letusan gunung berapi Nevado del Ruiz 
  • GLOBAL

Colombia naikkan tahap amaran letusan gunung berapi Nevado del Ruiz 

Utusan Sarawak 2 years ago

Menurut Agensi Anadolu.pihak berkuasa telah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan.

BOGOTA: Gunung berapi Nevado del Ruiz yang terletak di sempadan Tolima dan Caldas di Colombia diletakkan di bawah amaran jingga berikutan kemungkinan risiko letusan.

Sejak Selasa, pihak berkuasa telah memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan, menurut Agensi Anadolu.

Letusan gunung berapi itu pernah mencetuskan bencana alam terburuk dalam sejarah negara pada November 1985, menyebabkan lebih 23,000 orang terkorban.

Kerajaan menaikkan tahap amaran pada minggu lalu berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi.

Andai letusan berlaku ia boleh menjejaskan kira-kira 57,000 keluarga di 27 majlis perbandaran, menurut pihak berkuasa.

Menurut Perkhidmatan Geologi Colombia, terdapat lebih 5,000 aktiviti seismik di gunung berapi itu direkodkan dalam sehari. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Qatar lancar platform digital dalam talian pertama untuk pelabur asing
Next: Persidangan pertama selepas 22 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.