Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • CMS lancar Projek Barisan 2 Klinker RM673 juta, perkukuh bekalan simen Sarawak
  • SEMASA

CMS lancar Projek Barisan 2 Klinker RM673 juta, perkukuh bekalan simen Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
SIMBOLIK… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melakukan simbolik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Projek Barisan 2 Klinker di Loji Bersepadu Mambong, hari ini. Foto UKAS

KOTA PADAWAN: Cahya Mata Sarawak (CMS) Berhad melaburkan sebanyak RM673 juta bagi membangunkan Projek Barisan 2 Klinker yang dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran klinker kepada 1.9 juta tan metrik setahun, sekali gus mengukuhkan bekalan simen di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji inisiatif industri simen hijau yang dilaksanakan oleh CMS Berhad kerana selari dengan agenda pembangunan mampan negeri dan usaha global mengurangkan pelepasan karbon.

Menurut beliau, inisiatif penggunaan sisa pemulihan dan penghasilan simen mesra alam membuktikan komitmen CMS Berhad terhadap teknologi hijau dan kelestarian industri.

“Saya mengucapkan tahniah kepada CMS atas langkah berani menggunakan sisa pemulihan serta menghasilkan simen mesra alam yang amat diperlukan pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Barisan 2 Klinker di Loji Bersepadu Mambong, di sini, hari ini.

AMANAT… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Barisan 2 Klinker di Loji Bersepadu Mambong, hari ini. Foto UKAS

Tambah beliau, industri simen yang kukuh penting bagi menyokong keperluan sektor pembinaan dan pembangunan infrastruktur yang terus berkembang pesat di Sarawak.

Projek yang dijangka mula beroperasi pertengahan 2027 ini bukan sahaja mengukuhkan keupayaan pengeluaran melalui sistem pemulihan haba terbuang, malah memastikan bekalan simen berkualiti tinggi untuk menyokong pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.

Kilang baharu ini akan dilengkapi teknologi mampu menghasilkan kira-kira enam megawatt tenaga bersih. Selain itu, sistem penapisan habuk canggih akan digunakan bagi memastikan pelepasan habuk berada jauh di bawah had peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: RUU Imigresen 2025 dilaksana berhati-hati, hak imigresen Sarawak terus dilindungi — Dato’ Ahmad Ibrahim
Next: Sarawak Energy sokong pemeliharaan warisan tekstil di Festival Tekstil Antarabangsa Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.