Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City rapat jurang dengan Arsenal selepas benam Fulham
  • SUKAN

City rapat jurang dengan Arsenal selepas benam Fulham

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN tengah Manchester City, Antoine Semenyo (kanan) menyumbat masuk gol pertama berdepan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester. City menang 3-0. Foto AFP

MANCHESTER: Manchester City terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal apabila mudah menewaskan Fulham 3-0 untuk merapatkan jurang kepada hanya tiga mata, awal pagi tadi.

Anak buah Pep Guardiola menyelesaikan tugas seawal babak pertama menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit hasil jaringan Antoine Semenyo, Nico O’Reilly dan Erling Haaland.

Kemenangan itu juga menyaksikan City mencatat kemenangan ke-20 berturut-turut ke atas Fulham dalam semua pertandingan.

Arsenal berpeluang melebarkan semula jurang kepada enam mata apabila bertandang ke Brentford, namun kelebihan The Gunners kini susut daripada sembilan kepada tiga mata dalam tempoh empat hari, sekali gus menghidupkan peluang City untuk menafikan kejuaraan pertama Arsenal dalam tempoh 22 tahun.

Semangat City semakin membara selepas kebangkitan dramatik menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield hujung minggu lalu.

Semenyo membuka jaringan selepas memanfaatkan hantaran lintang Matheus Nunes yang tertampan, sebelum membantu O’Reilly menggandakan kedudukan menerusi serangan balas pantas.

Haaland pula menamatkan kemarau jaringan terbuka liga sejak Disember apabila meledak rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-39.

Guardiola kemudian merehatkan penyerang Norway itu pada separuh masa kedua dengan memasukkan Omar Marmoush.

Walaupun tempo permainan menurun selepas rehat, City tetap mengawal permainan tanpa ancaman besar untuk memastikan tiga mata penuh dalam genggaman. – AFP

Continue Reading

Previous: Van Dijk tenggelamkan Sunderland, Liverpool terus buru UCL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.