Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City pencabar utama Liverpool, bukan United – Gerrard
  • SUKAN

City pencabar utama Liverpool, bukan United – Gerrard

Utusan Sarawak 2 days ago

LONDON: Steven Gerrard beri amaran kepada Liverpool bahawa Manchester City akan menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan tetapi tidak menjangkakan Manchester United berada dekat dengan puncak.

The Reds akan cuba mempertahankan kejuaraan liga ke-20 mereka pada musim 2025/26 selepas kempen sulung Arne Slot yang berjaya, dan Gerrard menyenaraikan pasukan-pasukan yang perlu diberi perhatian.

Liverpool menamatkan musim ini dengan kelebihan 10 mata di hadapan Arsenal, sekali gus merangkul kejuaraan pertama mereka sejak 2020 dengan kemenangan besar ke atas Tottenham pada 27 April. 

Mereka memiliki jentera serangan terbaik liga dengan sebahagian besarnya hasil daripada penjaring terbanyak Mohamed Salah yang meledak 29 gol selain pertahanan kedua terbaik.

Kelab itu berhasrat untuk memperkuat skuad mereka dalam jendela perpindahan musim panas dan telah pun menandatangani Jeremie Frimpong serta sedang memburu tandatangan bekas rakan sepasukan Frimpong di Bayer Leverkusen, Florian Wirtz. 

Slot akan mempunyai musim panas untuk membina skuad baharu, namun bekas kapten Liverpool, Gerrard, menjangkakan saingan yang lebih sengit musim depan.

“Ia liga yang paling sukar di dunia,” katanya kepada TNT Sports. 

“Liverpool sedar sepenuhnya bahawa City akan bangkit semula, Arsenal semakin kuat, Chelsea pula sedang membina semula dengan baik, Newcastle, Villa juga datang dari belakang.

“Liverpool tahu mereka kini adalah pasukan yang diburu. Tapi bukti menunjukkan bahawa Liverpool akan agresif di pasaran perpindahan, jadi Liverpool adalah pasukan yang perlu ditandingi.”

City bangkit untuk menamatkan saingan di tempat ketiga EPL, hanya tiga mata di belakang Arsenal yang menamatkan musim di tempat kedua buat kali ketiga berturut-turut tetapi harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan musnah lebih awal dalam musim ini. 

Namun begitu, Pep Guardiola telah menandatangani kontrak baharu dan City bakal menyambut semula pemain tengah pemenang Ballon d’Or, Rodri, untuk permulaan musim akan datang.

Continue Reading

Previous: Insiden kematian penonton bayangi kemenangan Portugal
Next: Persoalan masih berlegar berkaitan Piala Dunia Kelab baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.