Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City hilang dua mata, gara-gara Haaland 
  • SUKAN

City hilang dua mata, gara-gara Haaland 

Utusan Sarawak 5 months ago

Erling Haaland kecewa gagal memanfaatkan sepakan penalti.

MANCHESTER: Kegagalan Erling Haaland memanfaatkan sepakan penalti pada babak kedua menyaksikan Manchester City kempunan untuk mencatat kemenangan apabila diikat Everton 1-1 di Stadium Etihad.

Ia menyebabkan City terus gagal meraih tiga mata penuh selepas tumbang tiga aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Dalam aksi itu, anak buah Pep Guardiola terlebih dulu di depan hasil jaringan Bernardo Silva di minit ke-14

Pelawat hanya memerlukan 22 minit untuk mengikat kedudukan menerusi ledakan Lliman Ndiaye di minit 36, sekali gus keputusan itu kekal hingga wisel penamat.

Selepas aksi itu, Guardiola akui peluang City untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik semakin sukar.

Jika senario itu kekal, pasukannya mungkin tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kami adalah pasukan yang sentiasa layak ke Liga Juara-Juara Eropah sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

“Namun kali ini kami berada pada kedudukan yang menggusarkan, dan kami perlu bangkit segera”. – AFP

Continue Reading

Previous: Chelsea akui kelebihan Liverpool
Next: Wolves tumbangkan United, Fernandes kena buang padang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.