Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City cabaran Anfield, Arsenal intai mahkota
  • SUKAN

City cabaran Anfield, Arsenal intai mahkota

Utusan Sarawak 3 hours ago
MANCHESTER City masih mencari kemenangan pertama di Anfield di hadapan penyokong sejak 2003. Foto AFP

LIVERPOOL: Arsenal berpeluang melangkah lebih hampir ke gelaran Liga Perdana Inggeris apabila melayan Sunderland, ketika pencabar terdekat Manchester City berdepan ujian getir di Anfield menentang Liverpool.

The Gunners kini mendahului enam mata dan kemenangan di Emirates dijangka melebarkan jurang kepada sembilan mata, sebelum City turun beraksi 24 jam kemudian.

City pula masih dibelenggu ‘sumpahan’ Anfield, tidak pernah menang di laman Liverpool di hadapan penonton sejak 2003.’

PRESTASI Aston Villa merosot dengan hanya dua kemenangan daripada enam perlawanan liga terakhir. Foto AFP

Kelemahan aksi di tempat lawan terus menghantui skuad Pep Guardiola, sekali gus menjadikan misi mengekalkan kejuaraan semakin sukar walaupun mereka menewaskan Liverpool 3-0 awal musim ini.

Dalam perebutan slot Liga Juara-Juara, Aston Villa yang menghuni tangga ketiga semakin tertekan selepas dua kekalahan berturut-turut, membuka ruang kepada Manchester United, Chelsea dan Liverpool merapatkan jurang.

Hanya tujuh mata memisahkan Villa dan Liverpool di tangga keenam.

JORGEN Strand Larsen antara pembelian mahal Crystal Palace dalam usaha elak penyingkiran. Foto AFP

Villa turut dibadai krisis kecederaan tengah dengan kehilangan John McGinn, Youri Tielemans dan Boubacar Kamara, ketika mereka perlu bangkit menentang Bournemouth.

United memburu kemenangan keempat berturut-turut di bawah Michael Carrick, manakala Chelsea bertandang ke Wolves.

Sementara itu, Crystal Palace berharap pembelian panik musim sejuk membuahkan hasil apabila bertemu Brighton.

Palace yang kemarau 12 perlawanan melabur lebih £80 juta untuk Jorgen Strand Larsen dan Brennan Johnson bagi menjauhi zon penyingkiran, namun Brighton juga bergelut selepas hanya satu kemenangan daripada 11 aksi terakhir. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa Januari
Next: Liverpool di landasan tepat untuk masa depan, kata Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.