Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Citadel Group Technologies lancar UmHajGo untuk perjalanan umrah, haji
  • SEMASA

Citadel Group Technologies lancar UmHajGo untuk perjalanan umrah, haji

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR: Citadel Group Technologies, anak syarikat Citadel Holdings melancarkan UmHajGo, iaitu aplikasi mudah alih inovatif yang direka khusus untuk merevolusikan pengalaman umrah dan haji bagi para jemaah Muslim masa kini.

Menurut satu kenyataan, UmHajGo menawarkan cara lebih pintar, pantas dan mudah untuk merancang, navigasi serta mendalami perjalanan ke tanah suci melalui satu platform yang mesra pengguna.

Jurucakap dan penasihat Citadel Group Technologies Adly Mohamed berkata UmHajGo direka untuk memenuhi keperluan umat Islam moden yang mencari fleksibiliti, keselamatan dan kemudahan dalam menunaikan ibadah. 

“Aplikasi itu menggabungkan teknologi terkini dengan kefahaman budaya yang mendalam bagi memastikan pengalaman umrah yang lancar. Sama ada di Malaysia mahupun Indonesia, UmHajGo ialah teman perjalanan ibadah dengan perancangan tersendiri,” katanya dalam kenyataan itu.

Antara ciri utama UmHajGo ialah sistem pengesanan kesesakan secara masa nyata yang menggunakan AI untuk memantau tahap kepadatan di tempat yang dikunjungi ramai, termasuk peta 3D masa nyata dan panduan realiti terimbuh (AR) memudahkan pergerakan jemaah.

Aplikasi itu turut dilengkapi fungsi e-locator, membolehkan ahli keluarga menjejaki lokasi ahli keluarga mereka sekali gus meningkatkan keselamatan sepanjang perjalanan.

Pengguna boleh menempah penerbangan, penginapan dan perkhidmatan perlu dalam satu aplikasi tanpa perlu menggunakan pelbagai platform berasingan.

Selain itu, UmHajGo menawarkan ciri perancangan wasiat digital dan pilihan takaful perjalanan yang mengikut cita rasa pengguna dari sudut kewangan dan spiritual.

Pada masa akan datang, beberapa ciri termasuk pratonton realiti maya 360 darjah untuk lokasi suci dan platform e-dagang patuh Syariah bakal memenuhi keperluan perjalanan.

Bagi meraikan pelancaran itu, pengguna baharu yang memuat turun UmHajGo dari 1 hingga 31 Julai 2025 bakal menikmati akses berbayar secara percuma selama sebulan selepas pendaftaran.

Aplikasi berkenaan menyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, menjadikannya mudah diakses oleh pengguna di seluruh Asia Tenggara

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan media, sila layari www.umhajgo.com — Bernama

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf, perkukuh kerjasama ummah
Next: Aerotrain baharu lebih cekap, selesa – Penumpang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.