Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • CIMB Group catat keuntungan bersih
  • BISNES

CIMB Group catat keuntungan bersih

Utusan Sarawak 5 years ago
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd menjunam 81.6 peratus kepada RM277.07 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020 daripada RM1.51 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas di belakang kerugian pengubahsuaian dan peruntukan yang lebih tinggi semasa suku tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata pendapatan kumpulan perbankan itu jatuh kepada RM3.87 bilion daripada RM4.47 bilion.

“Prestasi yang lemah ini berpuca daripada persekitaran ekonomi yang mencabar berikutan pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan kerugian pengubahsuaian akibat moratorium yang diberikan kepada peminjam termasuk peruntukan yang lebih tinggi disebabkan oleh faktor makroekonomi dan peruntukan kredit tertentu,” katanya dalam satu sidang media maya berhubung dengan prestasi kewangan kumpulan itu di sini hari ini.

Abdul Rahman, bagaimanapun, berkata, perniagaan asas kumpulan kekal berdaya tahan, dengan pinjaman dan deposit meningkat secara positif sebanyak 3.9 peratus dari tahun ke tahun kepada RM369.9 juta dan 7.8 peratus dari tahun ke tahun kepada RM419.5 bilion, yang menyebabkan pendapatan faedah bersih mengembang 6.0 peratus dari tahun ke tahun kepada RM6.4 bilion, tidak termasuk kesan kerugian pengubahsuaian.

Pendapatan operasi menurun sebanyak 7.3 peratus, manakala perbelanjaan operasi berkurangan 3.3 peratus dari tahun ke tahun.

Melangkah ke hadapan, Abdul Rahman berkata, prestasi kewangan yang lemah diramal akan berterusan bagi baki tahun 2020 sejajar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, memandangkan kumpulan mengiktiraf peruntukan yang lebih tinggi yang timbul daripada kesan faktor makroekonomi di bawah Standard Laporan Kewangan Malaysia 9.

Beliau berkata Kumpulan CIMB akan terus menyokong pelanggan yang terjejas oleh pandemik, terutamanya di Malaysia, selepas negara ini mula menghampiri penamatan moratorium menjelang hujung September depan.

Kumpulan komited untuk terus menyediakan bantuan dan sokongan lanjutan kepada pelanggan yang terlibat melalui program bantuan yang disasarkan (TAP), yang mana, sehingga akhir Jun, telah memberi manfaat kepada lebih daripada 1.25 juta pelanggan runcit serta 16,000 perusahaan kecil dan sederhana termasuk pelanggan korporat daripada segi aliran tunai.

Sokongan kumpulan terhadap pelanggan di Malaysia akan diteruskan selepas moratorium melalui TAP, sejajar dengan inisiatif bantuan Covid-19 kerajaan, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Impak PKP ke atas pendapatan korporat
Next: Pertingkatkan pembangunan sosioekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.