Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • CIDB pertingkat pemantauan pembinaan demi keselamatan dan pematuhan akta
  • Tengah
  • WILAYAH

CIDB pertingkat pemantauan pembinaan demi keselamatan dan pematuhan akta

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK ALBUM…. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab bergambar bersama para peserta. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis 

SARIKEI: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) meningkatkan pemantauan industri pembinaan di Sarawak dengan memastikan setiap kontraktor mematuhi akta, prosedur keselamatan dan piawaian teknikal yang ditetapkan.

Pengerusi CIDB, Dato Yusuf Abdul Wahab, berkata aspek pemantauan merangkumi penggunaan peralatan keselamatan, kaedah pembinaan, pembayaran levi, mempunyai sijil kemahiran dan kewajipan memiliki kad hijau kontraktor. 

“Kebanyakan kontraktor menunjukkan tahap kepatuhan yang memuaskan, namun masih terdapat kelemahan khususnya dalam aspek pendaftaran dan pematuhan teknikal yang perlu diberi perhatian.

“Setiap bahan binaan termasuk yang diimport dari China wajib memperoleh kelulusan CIDB sebelum digunakan di tapak projek bagi memastikan struktur bangunan kukuh dan selamat,” katanya. 

Yusuf yang juga Ahli Parlimen Tanjong Manis berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program CIDB dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) bersama komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Selalang, semalam. 

Katanya, usaha memastikan kepatuhan turut dilaksanakan melalui sesi libat urus dan pemeriksaan berkala bagi meningkatkan kefahaman kontraktor mengenai standard keselamatan industri pembinaan.

Dalam masa sama, CIDB turut bekerjasama rapat dengan Pejabat Premier Sarawak melalui penganjuran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW Borneo) yang mempamerkan penggunaan teknologi terkini, jentera moden dan peningkatan kemahiran tenaga kerja.

“Langkah-langkah ini penting bagi memastikan pembangunan teknologi pembinaan di Sarawak setanding negeri lain serta mengelakkan negeri ini ketinggalan berbanding Kuala Lumpur,” katanya. 

Sementara itu, program selama dua hari CIDB dan ABM di Kampung Selalang bertujuan memberi fokus kepada pendedahan dan latihan kemahiran dalam bidang Aluminium Framework, selaras dengan keperluan industri pembinaan semasa.

Antara pengisian utama pogram adalah pengenalan kepada TVET, program asas keusahawanan dan demonstrasi praktikal Aluminium Framework. 

Turut hadir Pengarah CIDB Sarawak, Ts. Rosmen Ag Hassan; Pengurus CIDB Cawangan Sibu, Mirza Fariza Narawi dan Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah, Abd Rahman Ahmad. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan ke Pekan Batu Niah dinaiki air, pengguna dinasihatkan berwaspada
Next: Rondaan pemantauan MTL terus dipergiat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.