Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Christopher Gira sambut baik cadangan tanding Ketua Pemuda PRS Oktober ini
  • TEMPATAN

Christopher Gira sambut baik cadangan tanding Ketua Pemuda PRS Oktober ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PENASIHAT PERANTIS…..Wellie Henry Majang.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang menerima baik cadangan Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS pada pemilihan parti Oktober ini.

Penasihat Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (PERANTIS), Wellie Henry Majang berkata, memetik online portal Utusan Sarawak, Gira menyatakan penerimaan baik dan kesediaannya untuk memimpin sayap Pemuda PRS. 

“Menurut beliau, golongan pemuda adalah sebahagian penting daripada ahli parti yang akan membentuk PRS menjadi sebuah parti yang lebih komited, relevan dan dekat dengan masyarakat, khususnya golongan muda.

“Kesediaan Gira untuk bertanding Ketua Pemuda PRS harus dilihat positif oleh kepimpinan parti itu (PRS) ketika ini memerlukan rejuvenasi naratif politik yang dinamik menampilkan kepimpinan muda berwibawa, berkaliber dan berkarisma,” jelasnya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, Gira merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Glasgow, United Kingdom, serta Jurutera Profesional Bertauliah dan mengusahakan syarikat perunding kejuruteraan awam dan struktur berpusat di Kuching.

“Kepimpinan PRS seharusnya bukan sahaja melihat untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang tetapi mereka juga harus mempertimbangkan kedudukan Timbalan Premier yang dahulu Timbalan Ketua Menteri yang pernah disandang oleh mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing.

“Selain dari itu, Gira dikenali dengan perwatakannya yang sentiasa mendampingi rakyat, sifat rendah diri dan memahami aspirasi generasi muda, diyakini dapat membuka lebih banyak ruang kepada golongan belia,” kata beliau.

Beliau memberitahu, pada PRN 2021, Gira muncul sebagai ‘The Giant Killer’ menewaskan veteran politik Datuk Joseph Entulu Belaun dengan majoriti besar 3,588 undi.

Katanya, dalam era politik yang mencabar ini, kepimpinan perlu dipimpin dengan visi yang lebih progresif, strategik, berwawasan dan juga berani membawa pembaharuan. 

“Untuk merealisasikan hasrat itu, Gira memiliki ciri-ciri dan kriteria tersebut,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Agro MADANI perkasa usahawan, tawar barangan mampu milik kepada rakyat
Next: Galeri Tok Nan terus jadi simbol perpaduan, aspirasi kebudayaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.