Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China naikkan lagi tarif import AS kepada 125 peratus
  • GLOBAL

China naikkan lagi tarif import AS kepada 125 peratus

Utusan Sarawak 1 month ago

BEIJING: China akan menaikkan kadar tarif ke atas produk import dari Amerika Syarikat (AS) kepada 125 peratus berkuat kuasa Sabtu ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara China pada Jumaat, lapor Xinhua.

Langkah itu dibuat susulan tindakan AS yang sebelum ini menaikkan kadar tarif timbal balik ke atas barangan import dari China kepada 125 peratus. 

Menurut suruhanjaya berkenaan, tindakan AS mengenakan tarif yang terlalu tinggi ke atas China secara serius melanggar peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, bertentangan dengan prinsip asas ekonomi serta logik biasa, dan disifatkan sebagai tindakan membuli serta paksaan secara unilateral. 

Suruhanjaya itu turut menyatakan bahawa walaupun AS mengenakan tarif yang lebih tinggi, langkah berkenaan sudah tidak lagi memberi sebarang makna ekonomi dan akhirnya akan menjadi bahan jenaka dalam sejarah ekonomi dunia.

“Memandangkan pasaran China kini sudah tidak mampu menerima produk import dari AS pada kadar tarif semasa, jika AS terus mengenakan tarif tambahan ke atas produk China, China tidak akan mengendahkannya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, sekiranya AS terus bertindak sehingga menjejaskan kepentingan China secara signifikan, Beijing menegaskan bahawa ia tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan balas secara tegas sehingga ke akhirnya. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: New York kekal bandar terkaya dunia, Dubai catat lonjakan pantas
Next: Selsema ekuin pertama dilaporkan di Jepun sejak 2008

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.