Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China lancarkan prob Tianwen-2 untuk sisi sampel asteroid
  • GLOBAL

China lancarkan prob Tianwen-2 untuk sisi sampel asteroid

Utusan Sarawak 2 days ago

BEIJING: China melancarkan prob angkasa Tianwen-2 dalam misi sulungnya bagi meneroka dan mengumpul sampel dari asteroid, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam program eksplorasi angkasa negara itu.

Roket pembawa Long March-3B Y110 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan pada 1.31 pagi waktu Beijing, dan kira-kira 18 minit kemudian, prob Tianwen-2 berjaya mencapai orbit pemindahan Bumi-asteroid 2016HO3, menurut Jabatan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA).

Pelancaran itu menandakan permulaan kepada misi eksplorasi dan perolehan sampel asteroid pertama China, serta menjadi langkah awal daripada keseluruhan 13 fasa penerbangan bagi misi Tianwen-2 yang dirancang dalam tempoh sedekad akan datang.

Menurut CNSA, sampel berkenaan akan diperoleh dari asteroid dekat-bumi 2016H03 sebelum dihantar balik ke bumi.

Selepas itu, prob berkenaan akan meneruskan misinya untuk menjelajah komet jalur utama 311P, yang berada di lokasi lebih jauh dari planet Marikh.

Pelancaran kali ini juga merupakan penerbangan ke-578 bagi siri roket pembawa Long March.– Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: PBB tolak dakwaan Israel gagal ambil bantuan untuk Gaza
Next: Cuaca panas, angin kencang diramal landa Tanah Suci pada musim haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.