BEIJING: Perlumbaan negara-negara besar dunia ke angkasa lepas nampaknya semakin sengit.
Selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan Al-Amal tiga hari lalu, China semalam melancarkan roketnya ke planet Marikh, kata pemberita AFP yang menyaksikan misi tersebut dari sebuah pusat seorang pelancaran di Pulau Hainan.
Misi itu yang membawa sebuah kenderaan peninjau diharap dapat digunakan untuk mengkaji tanah di planet tersebut.
Kenderaan peninjau itu dibawa oleh roket Long-March 5 berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, Pulau Hainan, selatan negara itu. – AFP