JIUQUAN: China Manned Space Agency (CMSA) hari ini menerusi laporan Xinhua mengumumkan pelancaran kapal angkasa Shenzhou-16 dijadualkan 9.31 pagi esok (waktu Beijing) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Pada sidang akhbar Timbalan Pengarah CMSA Lin Xiqiang berkata, Shenzhou-16 akan membawa tiga angkasawan iaitu Jing Haipeng selaku komander bersama Zhu Yangzhu dan Gui Haichao.
Misi penerbangan itu adalah yang kedua dilaksanakan di bawah program angkasa lepas kendalian China pada tahun ini.
Anak kapal akan berada di orbit selama lima bulan.
Pelancaran itu menggunakan roket pengangkut Long March-2F yang akan diisi dengan propelan, kata Lin. – Bernama-Xinhua