Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • China kenakan tarif 84 peratus ke atas import AS
  • BISNES

China kenakan tarif 84 peratus ke atas import AS

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PEJALAN kaki berjalan di hadapan papan tanda elektronik yang menunjukkan harga penutupan Indeks Hang Seng di Hong Kong pada 10 April 2025. Foto AFP

BEIJING: China secara rasmi melaksanakan tarif timbal balik yang dirancang ke atas barangan Amerika Syarikat pada Khamis, mengenakan cukai tambahan sebanyak 84 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Langkah itu dibuat selepas Washington meningkatkan tekanan perdagangan, dengan Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengumumkan rancangan baharu untuk menaikkan tarif ke atas import China kepada 125 peratus.

Pada masa yang sama, tarif untuk beberapa negara lain digantung buat sementara waktu.

Setakat ini, Beijing belum memberikan respons terhadap tindakan terbaru AS.

Pihak berkuasa China telah menolak pendekatan AS, menuduh Washington memeras ugut dan berikrar untuk menentang tekanan dalam pertikaian perdagangan yang sedang berlaku.

Trump mendakwa China tidak “menghormati” pasaran global.

Dalam perkembangan lain, pada Selasa, Menteri Perdagangan China Wang Wentao menghubungi Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU) Maros Sefcovic bagi membincangkan isu termasuk meningkatkan hubungan ekonomi China-EU.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh China menyebut bahawa Wang mengkritik strategi tarif AS sebagai berbahaya kepada perdagangan global dan menggesa kerjasama untuk menegakkan sistem pelbagai hala berasaskan peraturan.

China dan EU turut bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai akses pasaran dan menambah baik persekitaran perniagaan untuk syarikat-syarikat.

China terus kekal sebagai satu daripada rakan dagangan terpenting EU. Pada 2024, negara itu merupakan destinasi eksport ketiga terbesar blok itu dan sumber import utamanya.

Namun, EU masih mencatatkan defisit perdagangan yang besar dengan China, yang pada tahun lalu berjumlah sekitar €300 bilion (AS$329 bilion). – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Tarif AS: ASEAN akan terlibat dalam dialog jujur, konstruktif dengan AS
Next: Tarif AS fokus utama mesyuarat ASEAN-AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.