Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China jayakan penerbangan sulung UAV pengangkut kategori tujuh tan
  • GLOBAL

China jayakan penerbangan sulung UAV pengangkut kategori tujuh tan

Utusan Sarawak 5 hours ago
CHINA uji “treler udara” tanpa pemandu 7 tan, mampu angkut 3.5 tan sejauh 3,000 km.

ZHENGZHOU: Penerbangan sulung pesawat tanpa pemandu (UAV) pengangkut kategori tujuh tan yang pertama di China, Norinco Luca, berjaya dilaksanakan di Lapangan Terbang Shangjie di sini pada pagi Isnin. 

Norinco Luca yang dibangunkan berdasarkan kepakaran tempatan merupakan platform pengangkutan tanpa pemandu kategori tujuh tan pertama di negara itu yang telah lulus ujian penerbangan sebenar.

Penggunaan UAV yang digelar sebagai “treler udara” itu menandakan lonjakan signifikan China dalam bidang kelengkapan logistik pintar berteknologi tinggi bagi pengangkutan udara. 

Norinco Luca dilengkapi kabin kargo berkapasiti 18 meter padu dengan berat ketika berlepas mencecah tujuh tan. Ia mampu membawa muatan maksimum 3.5 tan sekali gus memenuhi keperluan penghantaran barangan biasa, rantaian sejuk beku, makanan segar serta kelengkapan kecemasan.

Selain itu, pesawat itu mempunyai jarak penerbangan maksimum melebihi 3,000 kilometer.

“Treler udara” itu boleh digunakan bagi pengangkutan logistik jarak jauh, penghantaran bantuan kecemasan, pembekalan barangan ke kawasan sempadan, serta operasi di kawasan yang kompleks sekali gus menyediakan sokongan peralatan kepada pembangunan ekonomi ruang udara rendah dan sistem jaminan kecemasan.- Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: NASA mula kira detik pelancaran ke Bulan esok
Next: Jemaah haji Indonesia daftar masuk asrama haji 21 April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.