Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China gantung aktiviti import guna kereta api
  • GLOBAL

China gantung aktiviti import guna kereta api

Utusan Sarawak 3 years ago

This photo taken on November 29, 2021 shows a resident undergoing a nucleic acid test for the Covid-19 coronavirus in Manzhouli in China's northern Inner Mongolia region. (Photo by CNS / AFP) / China OUT

UJIAN CALITAN… Gambar bertarikh 29 November lalu menunjukkan seorang penduduk menjalani ujian calitan Covid-19 di Manzhouli, wilayah Mongolia yang terletak di utara China. • Foto AFP

BEIJING: Sebuah bandar di utara China yang bersempadan dengan Rusia menghentikan import rel termasuk arang batu dan kayu kerana bimbang kluster baharu jangkitan Covid-19, ketika negara itu mencatatkan kes domestik tertinggi dalam sebulan semalam.

Pihak Berkuasa Kesihatan melaporkan 91 kes baharu di dalam atau berhampiran Manzhouli, sebuah bandar dengan 231,000 orang di Mongolia yang mengendalikan lebih 65 peratus perdagangan China-Rusia selepas puluhan kes dalam beberapa hari kebelakangan ini, memaksa para pemimpin untuk mengenakan penutupan setempat dan sekatan perjalanan.

“Pelabuhan kereta api akan menggantung import barangan bukan kontena termasuk kayu, arang batu, serbuk mineral, baja kimia… dan produk lain yang memerlukan muatan dan pemunggahan manual,” ujar Pihak Berkuasa mulai semalam.

Tambah notis itu, matlamatnya adalah untuk menguatkan pencegahan dan kawalan wabak di pelabuhan dan secara berkesan menghalang penyebaran wabak luar negara melalui barangan import.

Keputusan untuk menghentikan kereta api membawa arang batu dibuat ketika China dalam beberapa bulan kebelakangan ini terpaksa meningkatkan pengeluaran selepas dilanda kekurangan tenaga yang memaksa kilang ditutup kerana sasaran pelepasan yang ketat dan merekodkan harga bahan api fosil.

Beijing telah mengekalkan pendekatan sifar risiko yang ketat sejak virus itu mula-mula muncul di Wuhan pada akhir 2019, menggunakan sekatan bersasar, kawalan sempadan dan ujian besar-besaran untuk memastikan wabak terkawal.

Tetapi, lonjakan yang didorong oleh varian Delta baru-baru ini telah meningkatkan tekanan pada strategi ini.

Kluster terbaharu melibatkan tiga kes Covid-19 yang ditemui melalui ujian biasa, dengan media kerajaan melaporkan bahawa pesakit mungkin tersentuh dengan barangan import.

Pesakit yang dijangkiti sejak itu termasuk pekerja dalam industri perkayuan dan mereka yang memuat dan memunggah barang.

Selepas menghapuskan kebanyakan jangkitan domestik, China telah mengaitkan wabak terbaharu dengan virus yang dibawa oleh produk import dan rantaian sejuk.

“Sejak November, kebanyakan kes domestik kami yang baru disahkan tertumpu di bandar sempadan dan pelabuhan,” kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Mi Feng minggu ini. -AFP

Continue Reading

Previous: Mumia berusia 1,200 tahun ditemui
Next: Empat cedera bom Perang Dunia II meletup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.