Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Chiew kecam insiden rogol pelajar, gesa penilaian semula sistem pendidikan
  • PENDIDIKAN

Chiew kecam insiden rogol pelajar, gesa penilaian semula sistem pendidikan

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man melahirkan rasa terkejut dan marah terhadap insiden rogol bergilir-gilir yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Menurut beliau, kejadian itu bukan sekadar kenakalan pelajar tetapi satu jenayah kejam dan menjijikkan yang mencerminkan krisis nilai dan kemanusiaan dalam sistem sosial serta pendidikan negara.

“Perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi menunjukkan betapa parahnya krisis nilai yang sedang melanda dalam kalangan remaja kita.

“Lebih menyedihkan apabila kejadian itu dirakam oleh pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chiew, menegaskan bahawa pendidikan tidak seharusnya dinilai dari segi pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu menumpukan kepada pembentukan sahsiah dan nilai kemanusiaan.

“Apabila dunia memberi tumpuan kepada STEM dan teknologi, kita tidak boleh mengabaikan asas pendidikan yang sebenar iaitu melahirkan manusia yang beradab dan menghormati maruah sesama manusia,” tegasnya.

Chiew menambah, pendidikan sivik dan moral perlu dijadikan asas pembentukan karakter, bukan sekadar subjek untuk lulus peperiksaan.

“Nilai bukan untuk dipamerkan, tetapi untuk dihayati dan dihidupkan dalam jiwa. Sekolah mesti menjadi tempat melahirkan insan yang tahu membezakan antara benar dan salah,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan krisis nilai masyarakat masa kini berpunca daripada kecenderungan menilai kebaikan melalui imej dan slogan, bukan melalui hati dan tindakan.

“Generasi kini tahu peraturan, tetapi tidak memahami maknanya. Mereka mungkin mendapat markah tinggi dalam subjek moral, tetapi gagal mengamalkannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Kementerian Pendidikan menilai semula pendekatan terhadap pembinaan sahsiah pelajar serta menjadikan insiden ini sebagai panggilan kesedaran nasional.

“Masa depan negara bukan ditentukan oleh kemajuan teknologi semata-mata, tetapi oleh sejauh mana kita berjaya membina manusia yang beradab, berperikemanusiaan dan bertanggungjawab,” tegasnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026: Kerajaan perluas bantuan am persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5
Next: Peratus pelajar aliran sains tulen menurun – Dr Annuar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.