Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Chiew Choon Man mula tugas sebagai Timbalan Menteri, tekad terus bekerja tanpa ‘honeymoon’
  • TEMPATAN

Chiew Choon Man mula tugas sebagai Timbalan Menteri, tekad terus bekerja tanpa ‘honeymoon’

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man, hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,.

MIRI: Tanpa menunggu masa, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sebaik melapor diri di pejabat kementerian berkenaan selepas dilantik dalam rombakan Kabinet Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Chiew berkata, pelantikan itu disambut dengan penuh rasa tanggungjawab, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bahawa tiada tempoh ‘honeymoon’ diberikan kepada menteri dan timbalan menteri baharu.

“Kenyataan Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa kami perlu terus bekerja, berdisiplin dan bertindak pantas sejak hari pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelantikan yang dibuat selepas lebih tiga tahun penggal Parlimen ke-15 berjalan menuntut pendekatan kerja yang lebih fokus dan berkesan tanpa sebarang kelewatan.

Beliau berkata keutamaan kini adalah membantu kementerian memperkukuh sektor pelancongan, seni dan budaya negara, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa serta membuat persiapan rapi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam pada itu, Chiew menegaskan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing, serta seluruh warga kementerian bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Beliau turut menyuarakan harapan agar pelantikan tersebut dapat dimanfaatkan bagi memperkasakan potensi pelancongan, seni dan budaya Sarawak, khususnya Miri, supaya terus diberi perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam tempoh yang ada demi kemajuan sektor pelancongan, seni dan budaya negara,” katanya.

Chiew merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri serta rakyat Miri atas sokongan berterusan dan menegaskan amanah yang diberikan akan dipikul dengan penuh dedikasi dan integriti.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Biro Wanita pacu pembangunan sosioekonomi wanita luar bandar
Next: Kempen keselamatan jalan raya Krismas 2025 libatkan 700 anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.