Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cherpen kukuh posisi industri muzik melalui single ‘Patah Hati’ bersama Chubb-E
  • HIBURAN

Cherpen kukuh posisi industri muzik melalui single ‘Patah Hati’ bersama Chubb-E

Utusan Sarawak 3 hours ago
CHERPEN perkukuh nama dalam industri muzik tempatan menerusi single reggae ‘Patah Hati’ hasil kolaborasi bersama Chubb-E.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Cherpen terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tempatan apabila tampil dengan single terbaharu, ‘Patah Hati’ yang juga merupakan kolaborasi dengan penyanyi rap, Chubb-E.

Vokalis Cherpen, Nemo melalui syarikat rakamannya Seventen Eleven Music dalam satu kenyataan, berkata karya berentak reggae itu memaparkan kematangan kumpulannya melalui ciptaan bersama (Nemo, Kimie dan Syahir) serta lirik dihasilkan Nemo, Kimie dan Chubb-E.

“Kolaborasi ini bermula bila kami satu band dapat idea semasa buat lagu ‘Patah Hati’. Pada mulanya kami saja-saja tambah bahagian rap, dan dari situ terfikir untuk cari seorang rapper. Akhirnya, kami jumpa Chubb-E dan terus rasa serasi,” katanya.

Mengambil pengalaman peribadi anggota band dan pemerhatian pada kisah orang sekeliling sebagai inspirasi, Nemo berkata lagu itu sebenarnya mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan yang dekat dengan realiti kehidupan.

“Mesej paling penting dalam lagu ini ialah ‘hargailah orang yang ikhlas mencintai,” katanya dan  menambah genre reggae dibawakan itu berbeza daripada kebanyakan karya Cherpen sebelum ini yang lebih sinonim dengan balada dan lagu berentak perlahan.

Lagu-lagu Cherpen yang pernah mendapat sambutan antaranya ialah ‘Pasti’, ‘Lepaskan’ dan ‘Kali Ini’, dan perubahan genre muzik itu adalah sebagai satu usaha mereka untuk memberi kelainan kepada peminat.

Sementara itu, Chubb-E pula menyifatkan peluang bekerjasama dengan Cherpen sebagai satu pengalaman bermakna dalam perjalanan karier seninya.

“Bila Cherpen hubungi saya dan tunjukkan demo lagu ini, saya terus tertarik dengan ‘vibes’ lagu ini. Ia bukan sekadar lagu tentang kecewa tetapi tentang menghargai orang yang betul-betul ikhlas mencintai. Proses rakaman pun sangat ‘smooth’ dan penuh idea,” katanya.

Lagu tersebut boleh didengar di semua platform penstriman muzik utama dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia hasrat teroka lebih banyak kerjasama dengan Indonesia dalam bidang radio, filem – Teo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.