Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cherki lonjakkan City ke puncak liga
  • SUKAN

Cherki lonjakkan City ke puncak liga

Utusan Sarawak 3 hours ago

Rayan Cherki (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Nottingham Forest di The City Ground. Foto AFP

NOTTINGHAM: Rayan Cherki muncul wira Manchester City apabila menjaringkan gol kemenangan lewat permainan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di City Ground sebentar tadi.

Pemain antarabangsa Perancis itu mempamerkan aksi cemerlang apabila terlebih dahulu mencipta gol pembukaan buat Tijjani Reijnders sebelum meledak jaringan penentu kemenangan pada minit ke-83, sekali gus membantu City melonjak ke tangga teratas liga.

Forest memberikan tentangan sengit dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Omari Hutchinson, yang menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk enam perlawanan liga, dan kini mendahului Arsenal dengan kelebihan satu mata.

Arsenal bagaimanapun berpeluang merampas kembali kedudukan teratas sekiranya menewaskan Brighton di Stadium Emirates selepas ini.

City bergelut mencari rentak pada separuh masa pertama, namun bangkit sejurus selepas rehat apabila Cherki melakukan hantaran bijak yang disudahkan Reijnders untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-48.

Forest menyamakan kedudukan enam minit kemudian selepas kesilapan City dimanfaatkan dengan baik oleh Hutchinson, sebelum kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam perlawanan yang sengit.

Ketika perlawanan tampak menuju keputusan seri, Cherki sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyambar bola di dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Forest, John Victor.

Pemain berusia 22 tahun itu kini semakin menyerlah sebagai tonggak penting City sejak menyertai kelab itu dari Lyon pada musim panas lalu dan dilihat mampu memainkan peranan besar dalam cabaran kejuaraan liga musim ini.- AFP

Continue Reading

Previous: PYFCL 2025 platform bentuk disiplin, jati diri belia Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.