Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Chengdu pergiat kerja persiapan Sukan Dunia 2025
  • GLOBAL

Chengdu pergiat kerja persiapan Sukan Dunia 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Foto CMG

BEIJING: Kerja persiapan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 di Chengdu sudah hampir selesai.

Perkembangan itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Beijing pada Selasa sempena kiraan detik 100 hari menjelang temasya sukan berprestij itu.

Difahamkan, TWG 2025 akan menawarkan sebanyak 34 sukan melibatkan 255 acara untuk dipertandingkan.

Larian obor dijadual dilancarkan di Muzium Sanxingdui di bandar Deyang, provinsi Sichuan pada 26 Julai.

Sempena penganjuran temasya sukan itu, Chengdu selaku tuan rumah turut memperkenalkan pakej pelancongan budaya serta siri aktiviti yang menarik bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan budaya tradisi tempatan.

Langkah juga akan diambil untuk memastikan pengembara asing menikmati kemudahan dan perkhidmatan lebih cekap, antaranya termasuk mewujudkan pembayaran mudah alih bagi 21 e-dompet luar negara dan menyediakan skrin terjemahan pintar di kawasan utama.

Pada masa ini, jumlah kedai bayaran balik cukai pelepasan di seluruh bandar Chengdu telah meningkat kepada 429 buah.– Bernama- CMG

Continue Reading

Previous: Negara BRICS sokong penggunaan mata wang tempatan
Next: Lapan maut, dinding kuil runtuh di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.