Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea tercicir dalam perebutan empat teratas
  • SUKAN

Chelsea tercicir dalam perebutan empat teratas

Utusan Sarawak 8 hours ago

Anthony Gordon (No 10) dari Newcastle menjaringkan gol ketika menentang Chelsea. Foto AFP

LONDON: Impian Chelsea untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris terjejas selepas tewas 0-1 kepada Newcastle United awal pagi ini.

Skuad kendalian Liam Rosenior itu dibolosi seawal minit ke-18 apabila hantaran Tino Livramento membolehkan  Joe Willock mara sebelum melorongkan bola kepada Anthony Gordon yang tenang menyudahkannya di Stamford Bridge.

Kekalahan itu melengkapkan minggu sukar buat Chelsea yang sebelum ini dibelasah 5-2 oleh Paris Saint-Germain dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. 

Chelsea kini berada di tangga kelima, ketinggalan tiga mata di belakang Aston   Villa dan Manchester United selain sudah beraksi satu perlawanan lebih banyak.

Dalam perlawanan lain, Brighton & Hove Albion menewaskan Sunderland 1-0 untuk melonjak ke kelompok pertengahan liga. 

Sunderland yang tidak tewas dalam 11 aksi awal di laman sendiri musim ini kini mengalami tiga kekalahan berturut-turut di Stadium of Light, sekali gus jatuh ke tangga ke-12.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Yankuba Minteh apabila percubaannya melepasi penjaga gol Melker Ellborg.

Brighton kini memintas Sunderland menerusi kelebihan jaringan untuk naik ke tangga ke-10.

Sementara itu, keputusan seri tanpa jaringan di Turf Moor antara Burnley dan Bournemouth tidak banyak membantu kedua-dua pasukan. 

Burnley semakin hampir ke zon penyingkiran apabila ketinggalan lapan mata daripada zon selamat dengan hanya lapan perlawanan berbaki.

Bournemouth pula kekal di tangga kesembilan, tiga mata di belakang Brentford yang dijangka mengisi slot terakhir ke saingan Eropah musim depan. – AFP

Continue Reading

Previous: Dowman cipta sejarah, Arsenal selesa 10 mata di puncak
Next: Dowman bukan remaja ‘normal’ – Arteta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.