Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea lakar kemenangan kelima, ungguli Liga Konferens
  • SUKAN

Chelsea lakar kemenangan kelima, ungguli Liga Konferens

Utusan Sarawak 5 months ago

Pemain Chelsea, Renato Veiga (tengah) menanduk masuk gol ketiga menentang FC Astana pada aksi Liga Konferens di Stadium Almaty Central, Almaty, awal pagi tadi. Chelsea menang 3-1

ALMATY, Kazakhstan: Chelsea melakar kemenangan kelima dalam lima aksi Liga Konferens Europa awal pagi tadi selepas menang 3-1 ke atas Astana di Almaty.

Skuad Chelsea yang dirombak bertarung dalam cuaca sejuk beku di Kazakhstan dan menang untuk menjamin penamat lapan teratas sekali gus layak ke pusingan 16 terakhir.

Chelsea menghuni tangga teratas dengan 15 mata, dua mata di depan Vitoria Guimaraes yang menang 4-1 di kelab Switzerland, St Gallen dengan berbaki tiga perlawanan.

“Ia satu persembahan mantap. Kami sedar ia terlalu sejuk. Kami cuba untuk menyesuaikan diri dengan pantas. Pemain bertindak fantastik dalam keadaan cuaca sebegini dan perjalanan panjang semalam,” kata pengurus Chelsea, Enzo Maresca.

Chelsea memastikan mata pada babak pertama menerusi gol Marc Guiu dan Renato Veiga.

Marin Tomasov membalas satu gol buat tuan rumah pada masa kecederaan babak pertama tetapi anak buah Maresca kelihatan tidak bermasalah pada babak kedua ketika mereka mengakhirinya dengan kemenangan.

Pemain remaja Sepanyol, Guiu memberikan Chelsea permulaan sempurna dengan meledak dua gol dalam 20 minit pertama, sekali gus mengumpul tiga gol dalam lima penampilan di Eropah musim ini.

Renato Veiga, 21, menanduk masuk gol ketiga Chelsea menerusi sepakan sudut pada minit ke-39.

Naib juara tahun lalu Fiorentina menang besar 7-0 di laman sendiri ke atas kelab Austria, LASK Linz untuk turut mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati. – AFP

Continue Reading

Previous: Jelajah Dunia Akhir: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Next: United kekal tanpa kalah dalam kempen Liga Europa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.