Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea kukuhkan peluang setelah tewaskan Liverpool yang sudah juara
  • SUKAN

Chelsea kukuhkan peluang setelah tewaskan Liverpool yang sudah juara

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez (kanan) membuka tirai jaringan di Stamford Bridge. – Foto AFP

LONDON: Chelsea mengukuhkan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara apabila menang 3-1 ke atas Liverpool di Stamford Bridge, lewat malam tadi.

Pasukan kendalian Enzo Maresca mendahului menerusi gol awal Enzo Fernandez pada minit ketiga di Stamford Bridge.

Gol sendiri jaringan pertahanan Liverpool, Jarell Quansah pada minit ke-56 diikuti gol lewat kapten The Reds, Virgil van Dijk lima minit sebelum tamat.

Penalti pada minit keenam masa kecederaan disempurnakan oleh Cole Palmer menyaksikan pasukan juara itu mengalami kekalahan ketiga mereka dalam liga musim ini.

Ketika Liverpool yang hambar tidak perlu bersusah payah selepas menyamakan rekod kejuaraan ke-20 liga Inggeris dengan membenam Tottenham 5-1 hujung minggu lalu, Chelsea mempunyai setiap insentif untuk meraih tiga mata berharga.

“Amat penting, terutamanya pada peringkat ini musim ini. Saya amat kagum dengan pemain,” kata Maresca.

“Kami tidak bercadang untuk menunggu dan bertahan tetapi mereka memaksa kami melakukannya dan ini menunjukkan kenapa mereka menang Liga Perdana kerana mereka satu pasukan terbaik.”

Berharap untuk kembali ke Liga Juara-Juara menerusi penamat lima teratas, The Blues menghuni tangga kelima, sama mata dengan pasukan tangga keempat Newcastle yang seri 1-1 di Brighton malam tadi.

Pasukan tangga keenam Nottingham Forest akan menyertai Chelsea dan Newcastle dengan 63 mata jika mereka mengalahkan Crystal Palace awal pagi esok.

Kelab tangga ketiga Manchester City hanya satu mata di depan Chelsea dan dengan berbaki tiga perlawanan, perebutan merebut kelompok lima teratas semakin menuju kemuncak mendebarkan.

“Sudah tentu, Chelsea perlu berjuang untuk ke Liga Juara-Juara dan harapnya pada masa depan kami boleh bersaing bagi sesuatu yang lebih penting,” kata Maresca.

“Pada ketika ini kami berada di sana dan harapnya kami boleh berakhir di sana.”

Chelsea kembali beraksi pada separuh akhir kedua Liga Konferens UEFA menentang Djurgardens awal pagi Jumaat ini.

The Blues mendahului 4-1 yang sepatutnya cukup untuk membantu mereka layak ke final pertandingan pertama di bawah kendalian Maresca.

Kekalahan lain Liverpool dalam kempen yang gemilang hadir menentang Nottingham Forest pada September dan di Fulham bulan lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Danish Iftikhar dominasi acara trek, gondol emas 200M
Next: Amorim masih gagal pulihkan United 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.