Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea kuasai Barca dalam Liga Juara-Juara, Man City kecundang
  • SUKAN

Chelsea kuasai Barca dalam Liga Juara-Juara, Man City kecundang

Utusan Sarawak 4 hours ago
DETIK ajaib Estevao (kiri) meletakkan Chelsea selesa mengatasi Barcelona. Foto AFP

PARIS: Chelsea meraih kemenangan besar 3-0 di laman sendiri ke atas Barcelona yang beraksi dengan 10 pemain dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi, manakala Manchester City pimpinan Pep Guardiola yang menurunkan barisan kedua mengalami kekalahan pertama musim ini kepada Bayer Leverkusen.

Dalam pertembungan antara pasukan di tangga kedua Premier League dan La Liga, Chelsea muncul pemenang bergaya hasil jaringan pemain berusia 18 tahun, Estevao, dan Liam Delap, selepas gol sendiri Jules Kounde memberikan juara Liga Juara-Juara 2021 itu kelebihan pada babak pertama

Pelawat bermain lebih separuh perlawanan dengan kekurangan seorang pemain selepas kapten Ronald Araujo dilayangkan kad merah kerana dua kesalahan pada penghujung babak pertama.

Selepas keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini — Chelsea diikat 2-2 oleh Qarabag dan Barca seri 3-3 dengan Club Brugge — kedua-dua pasukan hadir ke Stamford Bridge dengan misi mengembalikan rentak kempen masing-masing.

PERLAWANAN Eropah ke-100 yang pahit untuk Pep Guardiola bersama Manchester City. Foto AFP

Kemenangan itu melonjakkan Chelsea ke tangga kelima dalam kedudukan liga dengan 10 mata.

“Ini kemenangan besar, terutamanya kerana lawan kami Barcelona,” kata pengurus Chelsea Enzo Maresca.

Selepas dua jaringan Enzo Fernandez dibatalkan kerana ofsaid, tuan rumah akhirnya membuka jaringan pada minit ke-27.

Situasi sepakan penjuru pendek berakhir apabila Marc Cucurella menghantar bola melintasi kotak penalti.

Percubaan flick Pedro Neto membuatkan barisan pertahanan Barca kucar-kacir sebelum pemain antarabangsa Perancis Kounde tertampan bola ke gawang sendiri.

Perlawanan berubah sepenuhnya pada minit ke-44 apabila Araujo menerima kad kuning kedua akibat terjahan kasar terhadap Cucurella.

Tumpuan pra-perlawanan banyak diberikan kepada bintang muda kedua-dua pasukan, namun pemain Chelsea, Estevao, mencuri tumpuan mengatasi pemain sayap Sepanyol Barca, Lamine Yamal.

Detik ajaib pemain remaja Brazil itu memastikan kemenangan Chelsea selepas menerima bola di sayap kanan, menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang ke bumbung gawang Joan Garcia lima minit sebelum jam genap sejam.

“Saya tiada kata-kata untuk gambarkan perasaan saya sekarang,” kata Estevao kepada Amazon Prime. “Ia benar-benar malam yang sempurna.”

Pemain gantian Delap kemudian memastikan kemenangan pada minit ke-73.

Kekalahan kedua itu meletakkan Barca di tangga ke-15, namun jurulatih Barcelona Hansi Flick tetap “sangat positif” mengenai peluang mereka layak automatik ke pusingan 16 terakhir.

“Kami ada pemain yang akan kembali dan masih ada tiga perlawanan dengan sembilan mata untuk direbut,” kata jurulatih Jerman itu.

Tanggungjawab penuh

Guardiola mengejutkan ramai apabila merehatkan majoriti pemain utama di Etihad termasuk Erling Haaland, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Gianluigi Donnarumma ketika Man City tewas 2-0 kepada Leverkusen.

Kekalahan pertama musim ini, selepas tewas 2-1 kepada Newcastle pada Sabtu dalam Premier League, meninggalkan juara 2023 itu dengan 10 mata.

“Saya ambil tanggungjawab penuh. Saya rasa pemain yang diturunkan tetap pemain yang hebat tetapi kami kekurangan sesuatu yang diperlukan di tahap tertinggi,” kata Guardiola.

“Saya rasa bila bermain setiap dua atau tiga hari, kita perlu melakukan pertukaran pemain, tapi melihat keputusan ini mungkin saya buat terlalu banyak.”

Walaupun kekalahan ini mungkin tidak menjejaskan peluang mereka mara ke pusingan kalah mati, ia menjadi perlawanan Eropah ke-100 yang pahit buat Guardiola bersama City.

Kelekaan pertahanan membenarkan Alex Grimaldo membuka jaringan pada minit ke-23, sebelum Patrik Schick menanduk masuk gol kedua setengah jam kemudian.

Di selatan Perancis, Marseille bangkit daripada gol awal Ashley Barnes untuk menewaskan Newcastle 2-1 hasil dua gol separuh masa kedua oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

Mason Greenwood dari Marseille yang meninggalkan Manchester United selepas dakwaan cubaan merogol dan serangan seksual, yang kemudian digugurkan oleh pihak pendakwa pada Februari 2023 tidak banyak memberi impak dan dikawal rapi Newcastle dalam pertemuan pertamanya menentang pasukan England sejak dakwaan itu.

Gol masa kecederaan oleh Jonathan David memastikan kemenangan 3-2 untuk Juventus di Lingkaran Artik menentang Bodo/Glimt dari Norway.

Penalti minit ke-87 oleh Sondre Brunstad Fet tampak seperti menyelamatkan satu lagi keputusan seri untuk pendatang baru Liga Juara-Juara itu, sebelum pemain Kanada itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-91.

Serhou Guirassy menjaringkan dua gol ketika Borussia Dortmund naik ke tangga keempat dengan kemenangan 4-0 ke atas Villarreal yang beraksi dengan 10 pemain, walaupun pasukan Jerman itu gagal menjaringkan dua penalti di Westfalenstadion.

Juara Serie A Napoli menewaskan Qarabag 2-0 di laman sendiri, manakala Benfica juga menang 2-0 ke atas Ajax.

Union Saint-Gilloise dari Belgium menang 1-0 di gelanggang Galatasaray dan Athletic Bilbao seri tanpa jaringan di Slavia Prague. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Everton tewaskan United selepas kad merah Gueye
Next: Slot rasa ‘bersalah’ atas kejatuhan ‘tidak masuk akal’ Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.