Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Chelsea juara ‘berganda’
  • SUKAN

Chelsea juara ‘berganda’

Utusan Sarawak 3 years ago

Chelsea's players celebrate with the trophy on the pitch after the English Women's 2021 FA Cup final football match between Arsenal and Chelsea at Wembley Stadium in London on December 5, 2021. - Chelsea FC Women won the game 3-0. (Photo by Ben STANSALL / AFP)

BARISAN pemain Chelsea meraikan kejayaan mereka dengan trofi di atas padang selepas final Piala FA Wanita England 2021 antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Wembley di London. Pasukan wanita Chelsea menang 3-0.• Foto AFP

Pasukan wanita Chelsea melengkapkan trofi domestik untuk musim 2020/21 apabila Sam Kerr menjaringkan dua gol untuk menewaskan Arsenal 3-0 di hadapan lebih 40,000 penyokong di Wembley semalam.

Fran Kirby meletakkan Blues di hadapan seawal minit ketiga dan Chelsea mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, mensia-siakan beberapa peluang sebelum Kerr menjaringkan dua gol dalam babak kedua.

Kemenangan itu melengkapkan treble untuk pasukan Emma Hayes, setelah memenangi gelaran Liga Super Wanita (WSL) musim lalu dan Piala Liga serta mara ke final Liga Juara-Juara UEFA Wanita buat kali pertama.

“Untuk menganggap kami adalah pemenang treble, ia adalah satu pencapaian yang menakjubkan,” kata Hayes. “Anda tidak boleh bertanya lagi daripada pemain dan saya amat berbangga dengan mereka, kakitangan dan kelab.

“Kami telah membina pasukan ini dalam tempoh yang lama dan saya fikir hari ini kami menunjukkan mengapa kami menjadi juara.”

Arsenal mendahului Chelsea dengan satu mata di puncak WSL musim ini selepas menewaskan mereka di Emirates pada hujung minggu pembukaan musim ini.

Bagaimanapun, The Gunners sentiasa mengejar permainan selepas Kerr melakukan hantaran kepada Kirby untuk merembat rendah melepasi Manuela Zinsberger dari tepi kawasan penalti.

Kerr menggandakan kelebihan Chelsea dengan penyudah kejam sejurus sebelum sejam dan melengkapkan jaringan dengan bergaya dengan penyudah cantik ke atas Zinsberger yang meluru keluar.

“Kami menghadapi perlwanan ini sebagai underdog jadi kami ada satu perkara untuk dibuktikan dan kami hebat,” kata pemain antarabangsa Australia, Kerr.

“Saya dibayar untuk menjaringkan gol tetapi pertahanan kami amat menakjubkan dan ia adalah usaha berpasukan dan saya tidak sabar untuk berpesta!” – AFP

Continue Reading

Previous: Sentuhan ‘luar biasa’ bermula
Next: Sedia buktikan kebolehan sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.